Sunday 22 December 2013

surirumah sepenuh masa ..

assalamualaikum,


 alhamdulillah,  tercapai hajat si anak dara saya nak makan cornflake madu.



gigih balik rumah lepas hantar dia ke sekolah terus sinsing lengan baju dan siapkan secepat mungkin. dah dia mengharap, kalau dia balik nanti tengok tak buat apa2 mau merajuk berhari2 nanti

mama macam lipas kudung berlari dalam rumah siapkan itu ini sebab tadi sebelum keluar tak sempat kemas apa2. hahahaha tu nak salahkan time adjustment yang gagal ke apa taktau la. sambil kemas bilik, dalam kepala terbayang kain baju siap berbasuh dalam mesin. mujur malam semalam tergerak hati nak basuh, kalau semuanya pagi ni entah pukul berapa nak siap.

kemas dapur, kosongkan sinki.

rendam baju putih dalam air nila. sidai kain baju


baru masuk rumah, tengok jam dah pukul 10.30am. capai tudung, celia dah tunggu depan pintu. tarik nafas dan masuk kereta.

wow! tak berhenti buat kerja tapi masih bertenga. Alhamdulillah. . berkat pengambilan ostematrix dan alfafa malam semalam dan vita lea pagi ni. nak rasai tenaga super duper extra, jom hubungi saya ;)


ann aziz SID 1033981
 0192366362 bbm 27001AF7 atau boleh tinggalkan komen di bawah




nak lipat kain jap.. take care!




xoxo


 p/s: tajuk entry macam tak berapa kena.. tapi itu je idea terakhir yg dapat difikirkan. sebelumnya dah berapa kali taip dan backspace :)








hari pertama minggu orientasi sofia

assalamualaikum..

 
alhamdulillah, hari pertama sofia ke tadika untuk minggu orientasi dengan pelbagai kisah. permulaan hari, mama pesan macam2. sampai si anak kata 'ok, mama.. kakak ingat cakap mama' hihihi macam dah boring sangat dia terpaksa dengar mama bercakap macam2 hal. baiklah nak, mama yang terlebih excited rupanya


 bangun pagi takde masalah langsung untuk hari pertama, mungkin sebab masing2 seronok dan cuba membayangkan suasana di tadika. punya lah nak pastikan si anak bangun dengan ceria dan gembira, maka si emak ni gigih cari app menarik. akhirnya terjumpa satu app disney. tak pasti nama app tu, dah lupa.. padahal baru kelmarin download. hahahahaha dah tua camni la..

yang menariknya, dalam app disney ni ada alarm setting yg blh dipilih suara minnie mouse, mickey, donald dll. pilihan di hati dah tentu2 la minnie mouse, baru la gegirl kan? hihihi sebab dah memang berkenan dan pilihan sendiri, senang sungguh bangun tidur pagi ni, alhamdulillah. baru 2 kali minnie mouse bersuara, sofia dah bingkas bangun.


 untung sangat la budak2 sekarang, celik mata dah ada water heater bagai. mandi pagi takde nak merungut sejuk2. ayah ambil alih part gosok gigi bersama2 sofia. ohh yea anak dara sorang ni kena berteman sambil gosok gigi, kalau tak memang ala kadar je la dia berus gigi tu.

bersungguh tau maknya goreng nasi awal pagi, siap ada nugget dan air milo. kalau anak belum sekolah memang tak la nak ada breakfast pagi2 camni ;p siap ada bekal untuk sofia makan waktu rehat nanti .. yea mama memang excited bab ni, dah plan menu since 2 minggu lepas hahaha

menunggu lama depan sekolah. ehhh sekolah tu sama istilah dengan tadika kan? cikgu2 sorang belum sampai. rupa2nya kelas bermula 8.45am. kami dah terpacak di situ since 7.52am. sabo je la.. mesej tak dihantar kepada semua parents, miscommunication agaknya. takpe lah, bagus jugak sampai awal. sofia dan jacob sempat explore kawasan. sambil main kejar2 dan kira kawan2 yang makin ramai.


ni bukan pose original tapi candid diorang tengah lurut daun pokok tu.. kalau makin kurang daun kat pokok tu sila cari budak duaorang ni hihihi





cuma yg tak bestnya bila sofia terjatuh atas jalan tar huhuhu dia punya siren memang high level. jenuh pujuk tak berkesan, dok nangis menjerit2 sampai mendayu2. bila celia offer untuk letak plaster baru la dia reda dan tunjuk tapak tangan dan lutut dia. berdarah, patut la sakan sangat. lepas tu, memang susah nak dapatkan balik mood happy dia. cikgu ajak masuk kelas pun sofia masih menangis. lepas peluk2 dan bisik mama sayang kakak dan janji 3 4 kali nanti pukul 11 mama datang ambil kakak, baru la dia ikut cikgu masuk ke dalam.


time ni memang senyum lebar, awal tadi nak ambil gambr pun tak sanggup ;)




anak ooo anak, baru nak pi tadika macam2 cerita hihihi kalau masuk asrama lagi panjang entry mama hahaha.


ok.. nak pi buat cornflake madu. permintaan khas anak dara tersayang. dia request masa nak tinggalkan dia di sekolah tadi. maka, moh le ke dapo.. tak buat nanti, merajuk tak nak pi sekolah esok haruuu!

 insya Allah akan update malam nanti..


xoxo





Saturday 14 December 2013

alkisah malam semalam dan pagi ni .. bersama ostematrix dan vita lea by #shaklee :)

assalamualaikum.


.*haa, kemain panjang tajuk hari ni hihihi

kebelakangan ni, kerap sakit gigi.. berdenyut je rasa. nak jumpa dentist, jauh sangat rasanya. nak kena ke kuah.. jauh tau


lepas tu, bukan boleh drive sendiri, apa2 hal nak kena tunggu en suami free dulu. en suami tu waktu bila dia free pun saya tak tau. hari cuti pun dah busy dari pagi. rasanya dia tak pernah betul2 cuti. tak macam saya, agak2 nak cuti saya declare je cuti. walaupun hari tu hari isnin.. hahahaahha bahagia jadi surirumah..

so, selagi boleh bertahan, saya tahankan dulu. alhamdulillah, setakat ni bukan sakit setiap masa. cuma lebih kerap aje. cuma dugaan hebat bila sakit gigi berlaku waktu malam. nak masuk tidur, terasa gigi berdenyut2. alahai.... kena cari jalan penyelesaian ni, kalau tak terpaksa la menanggung sampai esok pagi. dalam kepala ligat memikir nak sapu apa lah ni supaya dapat bertahan. awalnya terfikir nak tampl koyok kat pipi, tapi tak jadi sebab bdasarkan pengalaman lepas2 memang tak berkesan pun. dah, kata sakit gigi.. yang tampal pipi tu apahal? hahaahahha

tiba2 dapat idea bernas hihihi tiba2 sangat.. nampak sebotol kecik yang homeiiiiiii sangat. memang kecik aje botol nya tapi manfaatnya besaq tau! hah, kena eja besaq baru ketara perbezaan besar, big dan besaq
tadaaaa.. teman baik sebelum tidur :)



betul tak? kesan kebaikannya melampau banyak kan? masa mula2 tu macam keliru sikit, ehh betul ke sebotol kecik ni boleh bagi manfaat sebanyak tu? macam pelik je macam musykil je hikhikhik ternyata pengambilan ostematrix kali pertama dah menunjukkan kesan. alhamdulillah! betullah kata sorang tu, kalau nak jatuh cinta dengan shaklee, mesti cuba ostematrix. sebab ostematrix paling cepat menunjukkan kesan positifnya.kiranya ostematrix ni xda malu2, icebreaking pun tak perlu ;p

 sekarang ni, wajib telan ostematrix sebelum tidur malam. kena mention tidur malam, satgi pakat telan setiap kali lelap mata waktu siang pulak.. sambil kita lena, merehatkan seluruh anggota badan, ostematrix gigih bekerjasama menyebar kebaikan di setiap ruang yang memerlukan. jadi jangan kedekut nak melabur untuk beli suplemen. semuanya untuk kebaikan sendiri. tak pernah terjadi lagi kita yang keluar duit beli suplemen tapi orang lain yang sihat sejahtera selagi kita berusaha dan berdoa memohon kepadaNya.. dannnnn.. dan jugak bukannya kita bersusah2 beli dan bagi pada orang lain. yang tu memang la makan hati tengok orang sihat dan cantik...


nak kekal bertenaga sepanjang hari. amalkan vitalea dan ostematrix setiap hari. untuk cara pengambilan boleh hubungi saya untuk konsultansi lanjut. boleh je komen di bawah dan tinggalkan email anda, atau..

0192366362 bbm 27001AF7
ann aziz SID 1033981
pengedar sah shaklee di langkawi dan seluruh malaysia ;)



xoxo






























Wednesday 11 December 2013

hadiah dariNya ..

assalamualaikum..


mood gembira sepanjang hari ni. alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan saya. dari pagi sampai ke petang, rasa lancar segalanya macam dah plan berminggu2.

bermula dengan kejutan malam semalam dapat call dari seseorang yang saya tak pernah kenal, jumpa apatah lagi. sumbernya dari post yang saya kongsikan di fb. entah kenapa tergerak hati nak tag beberapa nama kawan. mulanya risau jugak kalau2 kawan marah, yea lah kita sendiri pun tak suka kalau nama di tag dgn post banyak2. sebabnya bila ada comment, notification pun melambak. yang paling stress adalah yg online menggunakan hp.. hihihi dah mengalami dan sangat memahami


 alhamdulillah, niat baik pasti Allah permudahkan. asalnya tak ada dalam friend list, nama pun tak tau. kawan atas kawan konsepnya. dia pun jarang sekali jenguk fb. betullah kalau dah rezeki, ikut mana pun tetap milik kita.
berbalas mesej dan ke whats app, akhirnya close deal dalam tempoh sepagi je. tak habis2 saya ulang, ya Allah mudahnya, senangnya, cepatnya..



 sofia pun berkali2 high five sambung big hug.

bahagia bila kita redha dan bersangka baik. awalnya ada sedikit tekanan bila teringatkan target bulan lepas yang tidak tercapai sepenuhnya. saya faham apa yang saya dapat adalah apa yang saya usahakan. tekanannya bila saya tak merancang dengan 'terang'..
saya pujuk hati untuk berlapang dada. jangan dengar kata2 mereka yang hanya pandai berkata itu ini, sedangkan mereka sendiri kosong disana sini. saya terhadkan input yang masuk ke telinga dan kepala. hanya yang positif dan selainnya sekadar sekali lalu sahaja.


petangnya, saya selesaikan urusan kad bank yang dah lama bertangguh. berkali2 dah call maybank sebelumnya, tapi tak boleh jugak. nak dijadikan cerita encik suami pun lapang, kami ke bank pukul 3.15 pm dengan harapan, jangan la sampai2 depan kaunter semua dah tak nak layan. dengan selambanya terus pergi kaunter bercerita itu ini. hahaha no giliran? erm tak payah hahaha

 lebih kurang 15minit, selesai semuanya. siap dengan order alfafa dan leci kat situ jugak. yea, sambil deal hal kad bank saya submit order. hihihi kata multitasking person, apadahal kan? ... ni bukan riak tau tapi nak realitikan multitasking person to be hihi
 maka, tamatlah kisah menakjubkan saya hari ni. semuanya berlaku denan mudah atas kuasaNya
 sekarang, nak lelap mata sambil visualize my monthly target weeeeeee! best3
selamat malam semua




.. opps jangan lupa hubungi saya Ann Aziz SID 1033981 0192366362 bbm 27001AF7 untuk maklumat lanjut dan pembelian produk shaklee

xoxo